Ada cadangan dari B.Jan untuk diadakan Hari Tautan Kasih di Bukit Merah Lake Town Resort. Saya dah survey dalam internet, macam ok je tempat tu. Minta B.Jan survey dan bagi maklumat lanjut tempat tu...kira ok la kat situ..Perak jadi center sikit. Apa pendapat anda?



Kalau ada ahli keluarga yang ingin berkongsi berita atau maklumat tentang apa saja terutamanya pasal perkembangan terkini ahli keluarga, bolehlah hantarkan kepada saya melalui emel albalingi@hotmail.com.InsyaAllah saya akan paparkan dalam blog ini. Terima Kasih.



Borang Pendaftaran Ahli Keluarga secara online telah dimasukkan. Adalah diharapkan semua ahli keluarga mengisinya untuk kemudahan kita meng'update'kan data ahli kelurga. Kita dalam proses menyediakan Family Tree untuk di download oleh semua. Segala kerjasama adalah sangat dihargai. Terima Kasih.



Hari Tautan Kasih 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Salam Ukhwah Salam Kasih Sayang.

Rasanya ramai di kalangan ahli keluarga yang sudah lupa akan Hari Tautan Kasih keluarga Tok Man&Tok Bashah yang pernah diadakan pada tahun 2000. Saya rasa masa itu saya berada di tahun 2 pengajian di UIA. Sekarang sudah lebih 9 tahun berlalu. Terasa ingin sangat mengadakan Majlis seumpama itu buat kali yang kedua. Tentu kali ini lebih meriah dan bermakna, kerana ahli keluarga sudah bertambah dengan begitu ramai. Saya pun dah ada seorang anak.

Apa khabar ahli keluarga  TOK MINAH?TOK CIK HAWA?TOK NDAK?TOK NJANG?

Saya mohon ampun dan maaf, saya sudah lupa dan tak kenal ramai ahli keluarga. Atas dasar itulah saya nak ajak semua terutamanya generasi yang baru ini mengorak langkah melakukan sesuatu untuk keluarga ini.

MAKA, Tiba-tiba terdetik di hati untuk mengambil usaha dan inisiatif untuk merintis usaha menjayakan Hari Tautan Kasih siri yang baru pula. Oleh kerana saya berada jauh di Sarawak. Di pedalaman lagi tu...saya memikirkan apakah cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga yang lain. Yang duduk di merata ceruk. 

Apabila adik saya MAZRAN yang berada di Mesir selalu menjengah saya melalui blog saya...saya mula terfikir ada baiknya kalau saya membangunkan sebuah blog untuk keluarga kita. Rasanya banyak manfaatnya nanti. Lebih-lebih lagi semuanya dah jadi pakar IT sekarang ini.

Dengan kekangan masa yang ada, saya gagah juga untuk membina blog ini. 

Harapan saya...semua ahli memberikan respon yang baik dan serius ke arah usaha membangunkan blog ini. segala cadangan, komen, bantuan dari segala aspek adalah amat-amat dialu-alukan. Hantarkan komen dan respon terus ke link blog ini dan juga chatting box di sebelah sana. InsyaAllah, saya akan masukkan online registration untuk ahli keluarga nanti. Ada masa nanti baru dapat create form.

Hari ini sejarah telah bermula. Hari ini blog ini didaftarkan dan ini adalah Post saya yang pertama.

Salam Ukhwah,

MAZLAN BIN MUHAMAD YUSOF