Apa khabar semua?

Sejak sebulan yang lalu blog Tautan kasih ni menjadi sunyi sepi. Mungkin semua orang sibuk termasuk la saya. Sebenarnya Borang Ahli Keluarga telah banyak yang sampai kepada saya. Rasanya dah hampir lengkap. Kak Mazidah (cucu Tok Ndak) pun dah summit. Tq for calling. Tak sangka juga kak mazidah call. Sebab tu la tujuan blog ini diwujudkan, kita nak semua ahli keluarga ini saling mengenali antara satu sama lain dan menjadi lebih akrab lagi. Minta maaf banyak atas kekangan masa sebagai pendidik membataskan saya untuk mengemaskini blog ini terutamanya part data ahli keluarga. Tentu seronok kalau Family Tree dah siap nanti...




Cadangan oleh Hafizah (anak Maksu Zurina/Paksu Zamri)

Selamat Datang Ke Kalumpang Resort & Training Centre


Kalumpang Resort & Training Centre (KRTC) terletak di Kampung Pasir Puteh, Kalumpang, Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan. Resort ini dibina di atas tanah berkeluasan 18 ekar yang mana ianya dikelilingi dengan keindahan tumbuhan hijau dan suasana nyaman dari Banjaran Titiwangsa.

KRTC ini juga dikelilingi pokok buah-buahan seperti durian, rambutan, cempedak, nangka dan manggis. Tidak lupa juga dengan kedinginan air Sungai Inki yang mengalir dari puncak gunung pastinya tidak dapat dilupakan oleh para pengunjung yang berkunjung ke sini.

Kemudahan Yang Disediakan :
Pelbagai jenis kemudahan dan pakej yang menarik ditawarkan kepada para pengunjung. Antaranya adalah pakej penginapan chalet, pakej perkhemahan dan pakej penginapan asrama. 

Kalumpang Resort & Training Centre juga sentiasa menjanjikan suasana yang tenang dan damai kepada para pengunjung. 

Antara kemudahan lain yang telah disediakan dan terdapat di sini adalah seperti kemudahan dewan, surau terbuka, kafeteria, rumah BBQ, wakaf, mini zoo, kolam renang, kolam ikan, taman permainan, tempat meletak kenderaan, tandas awam dan sebagainya.

Maklumat Lanjut : http://www.kalumpang.com.my



1. ABD. RAHMAN B. SHARIF
2. ABDUL AZIZ BIN SHARIF
3. ASLIZA BT AHMAD
4. ASYRAF BIN MOHAMAD
5. AZHAR BIN MOHAMAD
6. AZIZAL BIN AHMAD
7. AZWANI BT AHMAD
8. CHE ASMA BIN MOHAMAD
9. MAHIRAH BINTI MUHAMAD YUSOF
10. MASTURA BINTI MOHAMAD
11. MAZDAN MUHAMAD YUSOF
12. MAZHAN BINTI MUHAMAD YUSOF
13. MAZRAN BIN MUHAMAD YUSOF
14. MAZWAN BINTI HJ.MUHAMAD YUSOF
15. MINHAJUDDIN BIN MUHAMAD YUSOF
16. MOHAMAD BIN HUSSIN
17. MOHD ZAKRIA MOHD ISA
18. MUAZ BIN MUHAMAD YUSOF
19. MUHAINI BINTI MOHAMAD
20. MUHAMAD B. MUHAMAD YUSOF
21. MUHD HAFIZ BIN MUHD ZAMRI
22. MUIZZAH BINTI MUHAMAD YUSOF
23. MUNIRAH BINTI MOHAMAD
24. MUSLIHAH BINTI MOHAMAD
25. NOR AZIAH BINTI AZLI
26. NOR HAFIZAH BINTI MUHAMMAD ZAMRI
27. NUR FARIZA BINTI MOHD ZAKRIA
28. NURUL HUSNA BT AHMAD
29. SHARUL NIZAM BIN AZLI
30. SITI MARIAM MOHD SHARIF
31. ZAINOL BIN MOHD ISA
32. ZURINAH BINTI MOHD ISA

NAMA-NAMA INI BELUM DISUSUN LAGI. SENARAI PENUH AHLI KELUARGA TERMASUK MENANTU DAN ANAK BERANAK NANTI AKAN DI EKSRACT DARI BORANG. FAMILY TREE DAH ADA TAPI BELUM SEMPAT UPDATE.



Ada cadangan dari B.Jan untuk diadakan Hari Tautan Kasih di Bukit Merah Lake Town Resort. Saya dah survey dalam internet, macam ok je tempat tu. Minta B.Jan survey dan bagi maklumat lanjut tempat tu...kira ok la kat situ..Perak jadi center sikit. Apa pendapat anda?



Kalau ada ahli keluarga yang ingin berkongsi berita atau maklumat tentang apa saja terutamanya pasal perkembangan terkini ahli keluarga, bolehlah hantarkan kepada saya melalui emel albalingi@hotmail.com.InsyaAllah saya akan paparkan dalam blog ini. Terima Kasih.



Borang Pendaftaran Ahli Keluarga secara online telah dimasukkan. Adalah diharapkan semua ahli keluarga mengisinya untuk kemudahan kita meng'update'kan data ahli kelurga. Kita dalam proses menyediakan Family Tree untuk di download oleh semua. Segala kerjasama adalah sangat dihargai. Terima Kasih.



Hari Tautan Kasih 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Salam Ukhwah Salam Kasih Sayang.

Rasanya ramai di kalangan ahli keluarga yang sudah lupa akan Hari Tautan Kasih keluarga Tok Man&Tok Bashah yang pernah diadakan pada tahun 2000. Saya rasa masa itu saya berada di tahun 2 pengajian di UIA. Sekarang sudah lebih 9 tahun berlalu. Terasa ingin sangat mengadakan Majlis seumpama itu buat kali yang kedua. Tentu kali ini lebih meriah dan bermakna, kerana ahli keluarga sudah bertambah dengan begitu ramai. Saya pun dah ada seorang anak.

Apa khabar ahli keluarga  TOK MINAH?TOK CIK HAWA?TOK NDAK?TOK NJANG?

Saya mohon ampun dan maaf, saya sudah lupa dan tak kenal ramai ahli keluarga. Atas dasar itulah saya nak ajak semua terutamanya generasi yang baru ini mengorak langkah melakukan sesuatu untuk keluarga ini.

MAKA, Tiba-tiba terdetik di hati untuk mengambil usaha dan inisiatif untuk merintis usaha menjayakan Hari Tautan Kasih siri yang baru pula. Oleh kerana saya berada jauh di Sarawak. Di pedalaman lagi tu...saya memikirkan apakah cara yang sesuai untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga yang lain. Yang duduk di merata ceruk. 

Apabila adik saya MAZRAN yang berada di Mesir selalu menjengah saya melalui blog saya...saya mula terfikir ada baiknya kalau saya membangunkan sebuah blog untuk keluarga kita. Rasanya banyak manfaatnya nanti. Lebih-lebih lagi semuanya dah jadi pakar IT sekarang ini.

Dengan kekangan masa yang ada, saya gagah juga untuk membina blog ini. 

Harapan saya...semua ahli memberikan respon yang baik dan serius ke arah usaha membangunkan blog ini. segala cadangan, komen, bantuan dari segala aspek adalah amat-amat dialu-alukan. Hantarkan komen dan respon terus ke link blog ini dan juga chatting box di sebelah sana. InsyaAllah, saya akan masukkan online registration untuk ahli keluarga nanti. Ada masa nanti baru dapat create form.

Hari ini sejarah telah bermula. Hari ini blog ini didaftarkan dan ini adalah Post saya yang pertama.

Salam Ukhwah,

MAZLAN BIN MUHAMAD YUSOF